1. Ibadat bermaksud mengabdikan diri kepada Allah SWT, dengan melakukan segala perintah Nya dan meninggalkan segala larangan Nya.
2. Sebab-sebab perlu beradab ketika beribadat:
(a) supaya ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah SWT;
(b) supaya mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT;
(c) untuk melahirkan individu yang memiliki peribadi yang unggul
3. Perbezaan antara ibadat dengan adapt iaitu:
(a) ibadat:
· ditentukan oleh syarak;
· bersumberkan al-Quran dan hadis;
· tidak boleh diubahsuai mengikut kehendak semasa.
(b) adat:
· ditentukan oleh adat;
· bersumberkan perbuatan kebiasaan yang dilakukan sejak turun temurun;
· berubah-ubah mengikut budaya sesebuah masyarakat.
4. Adab ketika beribadat:
(a) memakai pakaian yang bersih dan kemas;
(b) melakukan ibadat dengan hati yang khusyuk;
(c) melakukan ibadat mengikut cara yang ditetapkan oleh syarak.
5. Hikmat beradab ketika beribadat:
(a) meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;
(b) dikasihi dan diberkati oleh Allah SWT;
(c) hati dalam keadaan tenang dan tenteram;
(d) melahirkan masyarakat yang perihatin dan bertanggungjawab.
6. Akibat meninggalkan adab beribadat:
(a) ibadat yang dilakukan tidak sempurna;
(b) ibadat yang dilakukan tidak memberikan kesan positif terhadap peribadi seseorang;
(c) jauh daripada rahmat dan keberkatan Allah SWT.