16.1 – Ibadat Puasa
1. Puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga matahari terbenam disertai dengan niat.
2. Rukun-rukun puasa:
(a) niat berpuasa:
(b) menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga matahari terbenam.
3. Syarat wajib puasa:
(a) Islam
(b) baligh;
(c) berakal;
(d) bebas daripada uzur syar’ie.
4. Syarat sah puasa ialah:
(a) Islam;
(b) berakal;
(c) mumaiyiz;
(d) niat pada waktu malam;
(e) suci daripada haid dan nifas.
5. Perkara yang membatalkan puasa:
(a) makan dan minum dengan sengaja;
(b) memasukkan sesuatu ke dalam rongga;
(c) keluar haid.
6. Perkara sunat puasa:
(a) segera berbuka puasa apabila masuk waktu;
(b) berbuka puasa dengan buah kurma atau makanan yang manis;
(c) bersahur.
7. Perkara makruh puasa:
(a) merasai makanan dengan lidah;
(b) berkumur-kumur secara berlebihan.
8. Hikmat berpuasa:
(a) melatih diri supaya bersifat sabar, jujur dan ikhlas;
(b) menimbulkan keinsafan dan belas kasihan kepada orang miskin;
(c) memberikan kerehatan kepada sistem penghadaman.
9. Akibat terhadap orang yang tidak berpuasa:
(a) dibenci dan dimurkai oleh Allah SWT;
(b) jiwa dan perasaan sentiasa gelisah;
(c) hidup tidak mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.
16.2 – Golongan yang Harus Berbuka Puasa
1. Golongan yang harus berbuka puasa:
(a) orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh;
(b) orang tua yang tidak mampu berpuasa;
(c) orang yang bermusafir melebihi dua marhalah
(d) perempuan mengandung yang bimbangkan kesihatannya atau anak kandungannya.
2. Qada puasa bermaksud mengerjakan semula puasa yang tidak sah, yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan pada hari lain.
3. Fidyah puasa bermaksud memberikan secupak makanan kepada fakir miskin bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.
4. Kifarat puasa pula bermaksud denda yang dikenakan kepada suami kerana melakukan persetubuhan dengan sengaja pada siang hari dalam bulan Ramadhan.
5. Hikmat diharuskan berbuka puasa:
(a) memberi kemudahan dan kelonggaran kepada mereka yang tidak dapat mengerjakan ibadat puasa;
(b) dapat menjalani kehidupan berlandaskan hokum-hukum syarak;
(c) dapat memberi semangat atau motivasi untuk terus mengerjakan ibadat puasa.
No comments:
Post a Comment