1. Allah SWT bersifat Al Wahid yang bermaksud Maha Esa.
2. Maha Esa Allah SWT meliputi pada zat, sifat dan perbuatan (af’al).
3. Maha Esa Allah SWT pada zat bermaksud Allah SWT memerintah dan mentadbir alam ini secara bersendirian tanpa bantuan sesiapa.
4. Maha Esa Allah SWT pada sifat bermaksud Allah SWT bersifat dengan sifat- sifat kesempurnaan yang berbeza dengan sifat makhluk yang bersifat lemah.
5. Maha Esa Allah SWT pada perbuatan pula bermaksud perbuatan Allah SWT tidak menyerupai perbuatan makhluk.
6. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid pada akidah:
(a) bebas daripada amalan syirik dan khurafat;
(b) reda dengan ketentuan Allah SWT;
(c) yakin dengan pembalasan Allah SWT di akhirat.
7. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap ibadat:
(a) melakukan perintah Allah SWT dengan ikhlas;
(b) melakukan pekerjaan hanya untuk mendapat keredaan Allah SWT.
8. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap akhlak:
(a) sentiasa berdisiplin dalam kehidupan;
(b) sentiasa menghormati keluarga dan masyarakat.
9. Ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Al Wahid:
(a) melakukan sesuatu ibadat bukan kerana Allah SWT;
(b) melakukan perkara syirik kepada Allah SWT;
(c) melaksanakan undang-undang dan peraturan yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.
No comments:
Post a Comment