HI :)

HI :)

Sunday, 21 September 2014

DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat 110.

Maksudnya: 110.  Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

1.         Dakwah dari segi istilah ialah menyeru manusia supaya beriman dan beribadat  
            kepada Allah SWT dengan melakukan perkara yang diperintah dan meninggalkan         
            perkara yang dilarang.

2.         Setiap Muslim wajib berdakwah mengikut kemampuan masing-masing.

3.         Cara-cara berdakwah:

(a)    menyeru manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran;
(b)   berdakwah dengan cara berhikmah atau bijaksana;
(c)    berdakwah dengan cara memberi pengajaran yang baik;
(d)   berdakwah dengan cara perdebatan dan perbahasan yang berkesan.

4.         Peranan pendakwah dalam masyarakat:

(a)    menyampaikan serta menjelaskan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat;
(b)   membantu mengatasi masalah social yang berlaku dalam masyarakat;
(c)    membendung perbuatan bidaah, khurafat, syirik dan sebagainya yang boleh merosakkan iman.
5.         Ciri-ciri orang mukmin:

(a)    memiliki akidah yang mantap terhadap Allah SWT;
(b)   melakukan sesuatu perkara berdasarkan syariat;
(c)    memelihara hubungan dengan Allah SWT dan menjalinkan hubungan dengan manusia;
(d)   berilmu pengetahuan dalam bidang ilmu fardu ain dan fardu kifayah;
(e)    berakhlak mulia dalam kehidupan seharian.

6.         Ciri-ciri orang fasik:

(a)    suka melakukan maksiat kepada Allah SWT;
(b)   melakukan sesuatu perkara menurut hawa nafsu.

7.         Umat Islam digelar khairul ummah yang bermaksud sebaik-baik ummah kerana 
            mereka beriman kepada Allah SWT dan ditugaskan untuk menyeru manusia kepada 
            kebaikan dan mencegah kemungkaran.

8.         Antara ciri-ciri khairul ummah ialah:

(a)    berdaya saing iaitu mempunyai kekuatan untuk menguasai pelbagai ilmu di samping meningkatkan kualiti hidup;
(b)   memiliki jati diri, iaitu mempunyai keperibadian yang berdasarkan ajaran Islam.

9.       Pengajaran ayat:

(a)    setiap umat Islam bertanggungjawab menjalankan dakwah;
(b)   umat Islam adalah peneraju ke arah kemajuan dan kesejahteraan dunia.

No comments:

Post a Comment