HI :)

HI :)

Sunday, 21 September 2014

MENGISAFI KEKUASAAN ALLAH

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat  26.

Maksudnya: 26.  Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

1.         Antara bukti kekuasaan Allah SWT ialah:

(a)    memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya;
(b)   menghilangkan kuasa pemerintahan daripada siapa yang dikehendaki Nya;
(c)    memuliakan seseorang yang dikehendaki Nya atau menjadikan seseorang itu hina.

2.         Sebab-sebab kemuliaan seseorang:

(a)    beriman dan bertakwa kepada Allah SWT;
(b)   melakukan kebaikan sesama manusai;
(c)    berakhlak mulia dalam kehidupan;
(d)   berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT di samping berusaha dengan bersungguh-sungguh;
(e)    berusaha dengan bersungguh ke arah  kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.

3.         Sebab-sebab kehinaan seseorang:

(a)    tidak melakukan perintah Allah SWT seperti solat fardu;
(b)   melakukan larangan Allah SWT seperti minum arak;
(c)    malas berusaha dan tidak mahu berubah ke arah kebaikan.

4.         Cara menghargai nikmat Allah SWT:

(a)    membelanjakan harta untuk menyara hidup keluarga;
(b)   menggunakan nikmat untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan;
(c)    menggunakan nikmat dengan berhemah.

5.         Akibat tidak menghargai nikmat Allah SWT:

(a)    terhadap individu,

-          menjadi manusia yang tidak berguna;
-          mendapat kemurkaan Allah SWT;
-          jiwa tidak tenang.

(b)   terhadap masyarakat dan negara,

-          masyarakat hidup berpecah belah dan porak peranda;
-          negara akan hancur dan musnah.

(c)    terhadap alam sekitar,

-          berlaku pelbagai pencemaran alam;
-          sumber alam akan rosak dan pupus.

6.         Pengajaran ayat:

(a)    Allah SWT berkuasa ke atas semua makhluk ciptaan Nya;
(b)   kita hendaklah bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT;
(c)    kita hendaklah menghindari diri daripada bersikap takbur dan sombong dengan kuasa yang diberikan oleh Allah kerana kuasa itu hanyalah sementara saja;
(d)   kita hendaklah berusaha untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

No comments:

Post a Comment