1. Tauhid ialah mengesakan Allah SWT iaitu tidak meyamakan Allah SWT dengan makhluk Nya sama ada dari segi zat, sifat dan perbuatan Nya.
2. Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tauhid Rububiyyah, tauhid Uluhiyyah dan tauhid Asma’ Wassifa.
3. Tauhid Rububiyyah bermaksud yakin dan percaya bahawa hanya Allah SWT saja yang mencipta, mentadbir, memiliki, memelihara dan memerintah seluruh alam.
4. Tauhid Uluhiyyah bermaksud meyakini bahawa hanya Allah SWT saja yang berhak disembah, dipatuhi, diminta pertolongan, digeruni dan dicintai.
5. Tauhid Asma’ Wasifat pula bermaksud yakin dan percaya bahawa Allah SWT saja yang memiliki nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang sempurna serta mensucikan Allah SWT daripada segala sifat yang boleh menyerupai makhluk.
6. Kesan beriman dengan tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah:
(a) kesan terhadap individu:
· melakukan amal ibadat dan kebajikan untuk mendapat kebahgiaan hidup di dunia dan di akhirat;
· mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
(b) kesan terhadap masyarakat:
· bebas daripada perkara maksiat;
· jauh daripada perkara khurafat dan tahyul.
(c) kesan terhadap negara:
· negara berada dalam keadaan aman dan makmur;
· negara dihormati dan disegani oleh negara-negara luar.
No comments:
Post a Comment