Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat 103.
Maksudnya: 103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
1. Perpaduan bermaksud persaudaraan dan penyatuan yang menjadi satu prinsip bagi
menyatupadukan masyarakat.
2. Perpaduan dalam Islam adalah berasaskan akidah Islam iaitu keimanan kepada
Allah SWT dan rasul serta hubungan baik dengan orang bukan Islam.
3. Hak dan ciri-ciri persaudaraan dalam Islam:
(a) saling kenal-mengenal, hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain;
(b) sentiasa bersangka baik terhadap seseorang;
(c) menghulurkan bantuan kepada saudaranya yang memerlukan pertolongan;
(d) berlapang dada dan memaafkan kesalahan yang dilakukan seseorang;
(e) menjalinkan persaudaraan dengan ikhlas kerana Allah SWT.
4. Hikmat bersatu padu:
(a) wujud keamanan dan ketenteraman dalam masyarakat dan negara;
(b) lahir masyarakat yang harmoni dan sejahtera;
(c) pembangunan dapat dilakukan dengan baik dan sempurna;
(d) umat Islam akan dihormati dan disegani oleh masyarakat bukan Islam;
(e) kehidupan masyarakat akan memperoleh rahmat dan keberkatan Allah SWT.
5. Keburukan perpecahan:
(a) umat Islam menjadi lemah dan mundur dalam semua aspek kehidupan;
(b) umat Islam bercakaran dan bermusuhan sesame sendiri;
(c) umat Islam akan dipandang hina dan tidak dihormati oleh orang bukan Islam;
(d) memberi peluang kepada musuh-musuh Islam untuk menindas dan menzalimi orang Islam;
(e) kestabilan negara dan perkembangan ekonomi akan terjejas.
6. Pengajaran ayat:
(a) perpaduan yang kukuh merupakan pemangkin kepada kecermerlangan umat Islam;
(b) perpecahan dan permusuhan merugikan sesebiah bangsa dan negara;
(c) Islam adalah agama persaudaraan dan perpaduan;
(d) akidah Islam merupakan asas perpaduan dalam Islam.
No comments:
Post a Comment