HI :)

HI :)

Sunday, 21 September 2014

KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W DI MADINAH

25.1 – Pembinaan Masjid

1.         Rasulullah SAW merupakan pengasas negara Islam yang pertama di Madinah.

2.         Baginda telah meletakkan asas yang kukuh dalam pembangunan negara. Asas-       asas tersebut ialah:

(a)    pembinaan masjid;
(b)   mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar.

3.         Masjid yang pertama didirikan dalam Islam ialah Masjid Quba’.

4.         Masjid ini terletak di Quba’ iaitu kira-kira 10 kilometer dari Madinah.

5.         Masjid ini di asaskan oleh Rasulullah SAW pada 8 Rabiulawal ketika baginda        dalam perjalanan hijrah ke Madinah.

6.         Pada zaman Rasulullah SAW, masjid dibina daripada batu, tiangnya daripada        batang-batang pokok kurma, atapnya daripada pelepah-pelapah kurma dan            lantainya pula ditabur dengan pasir.

7.         Peranan masjid dalam Islam:

(a)    sebagai pusat ibadat, iaitu tempat untuk melakukan ibadat secara berjemaah seperti solat fardu;
(b)   sebagai pusat kemasyarakatan seperti mengadakan program gotong royong, malis akad nikah dan sebagainya;
(c)    sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan.





25.2 – Persaudaraan Antara Muhajirin dengan Ansar

1.         Muhajirin ialah pengikut Rasulullah SAW yang berhijrah dari Mekah ke      Madinah.

2.         Ansar ialah penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam dan membantu       perjuangan Rasulullah SAW di Madinah. Golongan Ansar terdiri daripada kaum    Aus dan Khazraj.

3.         Rasulullah SAW telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan Ansar         dengan cara memperkenalkan saudara angkat.

4.         Antara pengorbanan golongan Muhajirin ialah:

(a)    sanggup meninggalkan keluarga, harta dan tanah air untuk berhijrah bersama Rasulullah SAW;
(b)   sanggup mengharungi penderitaan dan bergadai nyawa semasa dalam perjalanan hijrah.

5.         Antara pengorbanan golongan Ansar ialah:

(a)    sanggup memberikan bantuan tenaga, harta, dan tempat tinggal kepada Muhajirin;
(b)   sanggup menawarkan isteri dan anak-anak untuk dikahwini kepada Muhajirin.

6.         Asas persaudaraan dalam Islam:

(a)    ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT dan rasul;
(b)   mengutamakan kepentingan agama daripada kepentingan diri sendiri;
(c)    mengamalkan cara hidup Islam secara menyeluruh.

7.         Kepentingan persaudaraan dalam Islam:

(a)    melahirkan perasaan kasih sayang dan silatulrahim dalam kehidupan;
(b)   mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni;
(c)    meringankan sesuatu perkara melalui semangat kerjasama dan gotong royong.

8.         Langkah-langkah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan   agama:

(a)    mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan;
(b)   hormat menghormati antara satu dengan yang lain;
(c)    berkerjasama dan bantu membantu dalam perkara kebaikan.

9.         Faktor yang membawa pepecahan dalam masyarakat Islam:

(a)    kurang didikan agama serta tidak menghayati ajaran al-Quran dan hadis;
(b)   tidak bertolak ansur dalam sesuatu perkara;
(c)    pentingkan diri sendiri, hasad dengki dan sombong.

No comments:

Post a Comment