HI :)

HI :)

Sunday, 21 September 2014

MENCONTOHI DAKWAH RASULLAH S.A.W

Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran ayat: 159

Maksudnya: 159.  Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

1.         Dakwah ialah menyeru manusia beriman kepada Allah SWT dengan melakukan     
            segala perintah Nya dan menjauhi segala larangan Nya.

2.         Setiap pendakwah mestilah mencontohi sifat-sifat Rasulullah SAW dalam berdakwah.

3.         Sifat-sifat yang perlu ada dalam berdakwah ialah:

(a)    lemah lembut, iaitu berbicara dengan baik dan sopan serta tidak menyinggung perasaan orang lain;
(b)   pemaaf, iaitu memaafkan kesalahan orang yang tidak menerima dakwah yang disampaikan;
(c)    memohon keampunan untuk orang lain;
(d)   mesyuarat, iaitu mengadakan perbincangan sebelum membuat sesuatu keputusan;
(e)    bertawakal, iaitu berserah kepada Allah SWT setelah melakukan usaha yang bersungguh-sungguh.

4.         Kebaikan mesyuarat:

(a)    keputusan yang diambil dipersetujui bersama;
(b)   mengelakkan berlakunya pertelikahan yang akan membawa kepada pepecahan sesama manusia;
(c)    melahirkan manusia yang menjaga kepentingan orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.

5.         Hikmat tawakal:

(a)    mengelakkan seseorang daripada berputus asa apabila sesuatu yang dilakukan tidak berjaya;
(b)   seseorang itu dapat berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan;
(c)    melahirkan insan yang bersabar dalam melaksanakan sesuatu di samping berdoa kepada Allah SWT;
(d)   melahirkan insan yang merendah diri apabila mendapat sesuatu kejayaan.

6.         Pengajaran ayat:

(a)    setiap pendakwah mestilah mencontoh sifat-sifat Rasulullah SAW dalam berdakwah;
(b)   kita hendaklah bersikap lemah lembut dengan orang bukan Islam untuk menarik minat mereka pada Islam;
(c)    bermesyuarat amat penting dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan orang ramai;
(d)   umat Islam hendaklah bertawakal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

No comments:

Post a Comment